Saturday, October 18, 2014


Assalamualaikum pembuka bicara. Selamat berhujung minggu bersama- sama sanak saudara dan keluarga tercinta. Tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula justeru itu kepada pengunjung yang bercadang hendak bercuti ke Melaka dan masih tercari - cari penginapan boleh la menjengah ke link ini gambar ifwat homestay Untuk tarif sewaan sila ke link ini tarif sewaan
Aku tertanya - tanya apakah kelaziman cenderahati yang menjadi pilihan ketika berkunjung ke Negeri Melaka? Adakah korang akan mencari belacan? dodol? inang - inang? fridge magnet? key chain? T-shirt? 
Kalau Negeri Melaka ni terkenal dengan masak asamnya dan ikan bakarnya. Selain itu, anda sudah mencuba makan rojak menggong @ kuih udang Alor Gajah? Teringat aku pada suatu ketika dulu zaman aku belajar di UiTM Lendu, room- mate & class mate aku setiap kali pulang ke kampung, pastinya  tidak lupa membawa bekalan rojak menggong nie untuk dijamah bersama - sama keluarga tercinta

Aku : Naper beli banyak- banyak nie?
Dia : Bawak balik kampung la...
Aku : Jauh sana tu? tahan ker?
Dia : Tahan.... balik rumah terus makan
Aku: Kat Pahang tak der jual ker?
Dia : Tak der jual yang macam ni
Aku: Panaskan dulu la yer?
Dia : Tak sempat panas terus makan dah habis.

Apa istimewanya rojak menggong nie? keistimewaannya terletak pada sos yang sedap. Dirumah aku sos rojak menggong tak pernah putus.... habis aje, beli lagi.... anak- anak juga suka akannya. Boleh juga di makan bersama -sama nudget. 

Macam mana pula dengan Coconut Shake? Dah pernah cuba? Percayakah anda? Coconut shake hanya terdapat di Melaka. Kalau anda lalu di Klebang lantas ada terpandang deretan orang sedang beratur panjang .... itu tandanya mereka sedang beratur membeli coconut shake. Tapi aku sendiri tak pernah merasa coconut shake Klebang tu.... tak sanggup beratur, panjang sangat Q. Kalau nak makan coconut shake aku beli di Batu Berendam atau Ayer Molek yang tak kurang hebat rasanya.... sedap jugak beb!
Borak - borak dengan kawan

Dia : Terlepas juga hajat nak makan coconut shake
Aku : Beli kat mana?
Dia : Beli dekat Batu Berendam ... aku beli 4?
Aku : 4 ?? ko makan semuanya?
Dia : 2 kawan punya, 2 lagi aku punya. Susah nak dapat. Bila dapat makan puas- puas.

Banyak lagi makanan yang menarik cuma aku tak sempat nak upload. To be continue... like us at homestayifwat



Saturday, October 11, 2014

DI CELAH - CELAH KEHIDUPAN


KiSaH 30sen Yang Menyentuh Hati

Cikgu :  Kenapa Muiz tak rehat?
Muiz: Mak saya beri 30sen sehari cikgu.... kat kantin 30sen dapat beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang - panjang dapat beli karipap satu jer. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk beli makanan hari esok, dapat la saya makan karipap dengan air sirap 30sen. Saya kat kantin hari selasa & khamis je cikgu (muiz tertunduk malu) 
Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2014 ini masih juga ada pelajar yang membawa 30 sen ke sekolah. Ramai diantara kita memandang 30sen itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 30 sen sangat besar ertinya.

Cikgu: Kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ya?
Muiz : Oh... hari Jumaat duit 30 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu.. Jawab Muiz bersahaja. "Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan berlipat ganda" Tambahnya lagi

Mata saya mula berkaca.....saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30 sen, siap boleh sedekah pulak lg. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada didalam kemiskinan. Huh.... saya menghela nafas panjang..... terpukul rasanya..... bayangkan duit 30 sen yang diberi untuk makan, dia sedekahkan 30 sen untuk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan Yasiin.

Cerita ini nampak simple tapi ia memberi 1000 pengajaran ..... 
( Saya copy paste sebab saya sedar saya bukan anak orang senang...... )
Yang cerita kat bawah nie.... adalah cerita saya sebenar..... baca kisah Muiz buat saya mengimbas kenangan lalu...



Air Mata Ditumpah Jangan

Aku tiada rumah.... hanya menumpang teduh di rumah atuk & nenek. 
Ibu bapa aku telah berpisah sejak umur aku 4 tahun lebih... 
Aku bukan anak orang kaya.... tak perlu malu....
Mama belajar sendiri cara - cara menggunting dan menjahit baju, 
mengambil upah menjahit baju demi sesuap nasi.
Lantaran kemiskinan .... mama aku belajar setakat darjah 6... tak perlu malu
Malah mama menjadi kebanggaan ku... mama pandai membaca jawi & rumi
tulisan mama cantik... mama juga pandai ilmu hisab.

Tak perlu malu, makanan aku tak seenak orang lain.... adat hidup menumpang.....
makan apa sahaja yang ada. Itu pun dah cukup bersyukur. 

Tak perlu malu, kalau kawan - kawan kita orang miskin
Tak perlu malu, baju sekolah tidak berganti setiap tahun
Tak perlu malu, beg sekolah aku lanyak sampai lunyai..... selagi boleh sumbat aku sumbat
Tak perlu malu, pakai kasut sekolah sampai jadi mulut buaya
Stokin? Tak perlu malu, kalau dah longgar boleh amik getah gendit ikat kat kaki
Tak perlu malu, ke sekolah dengan menaiki bas kalau tertinggal bas, tak kesekolahlah aku.... tak perlu malu, pulang dari sekolah naik "kereta sapu" orang kampung.
Berhimpit - himpit macam ikan sadin dalam tin.
Tak muat? yang lelaki duduk dalam bonet kereta.... bau hapak tolak tepi.... ada aku kesah?
Kalau lambat, terpaksalah jalan kaki pulang ke rumah sejauh 12 km....
Kg kemendor - Kg Air Kangkong
Jalan kaki di atas tanah merah.... mendaki bukit... turun bukit.... pokok getah dan pokok kelapa sawit ..... menjadi payung kami sepanjang perjalanan... redup & nyaman...
Tak percaya? Orang kaya & orang senang tak kan percaya kerana mereka tidak melalui zaman kesusahan dan kesulitan.... 
Oh.. Indahnya kenangan itu. 

Menginjak zaman persekolahan menengah.... aku masih dalam kemiskinan.... dalam kebodohan... tapi di dalam hati kecilku.... aku pegang satu tekad.... aku tak nak masuk kelas hujung.... aku malu... nampak sangat kebodohan.... Lantaran itu aku berada di kelas A @ B sahaja.... belajar sungguh - sungguh.... 
Ini Juga berkat doa mama... mama banyak berkorban demi aku dan kakak. Masih terngiang - ngiang di telingaku.... aku dihina, diherdik & dicaci.... 
"kalau belajar tak pandai gelaplah masa depan."
Kata - kata itu aku pegang sampai sekarang
Kata - kata itulah juga pembakar semangat aku

Menjengah zaman belajar di IPT... hanya aku mampu memohon UiTM kerana kos yurannya lagi murah berbanding IPT lain. Aku tidak mohon pinjaman pelajaran bukan kerana aku mampu.... tapi kerana tiada siapa yang berani nak jadi penjamin aku. Waktu itu PTPTN belum diperkenalkan lagi. Belajarlah aku dalam serba kekurangan dan kepayahan... pendek kata... belajar dalam serba tak ada...                                                           Buku rujukan, aku hanya beli satu buku Accounting sahaja.... Mahal beb! aku tak mampu buku- buku lain aku photostat.... itu pun aku photostat dalam 1 kertas A4 buat 2 muka surat depan belakang..... Azab beb! Bila habis setiap satu semester aku jual buku - buku aku termasuk buku - buku photostat.... dapat aku buat modal untuk beli buku Accounting yang lain. Kata - kata kakak aku melekat dalam hati aku "Tak guna dik, kalau semua benda nak baru tapi... belajar bodoh"   

                                     

Masa aku konvo, aku konvo sorang - sorang.... pergi Shah Alam. Tumpang rumah kawan Norazeana Muldiana namanya..... pinjam baju kebaya biru kakak aku. Kelakar beb! Mujur badan aku lebih kurang sama dengan kakak aku. Cuma tang kasut tu.... kasut kakak aku besar dari kaki aku.... pun aku lanyak jugak. Sedikit pun tiada rasa sedih di hati aku tanpa kehadiran ahli keluarga. Kerana aku sedar..... mama dah banyak berkorban untuk aku. Kejayaan aku hari ini adalah berkat doa daripada mama. Apa lagi yang aku nak? Lagi pun aku dah terbiasa hidup sendiri.... pandai - pandailah bawa diri. Oh! indahnya saat itu....... kemsikinan mengajar aku erti sebuah kehidupan. 


Lantaran kemiskinan..... benda pertama yang aku fikir nak beli apabila bekerja adalah rumah. Tapi, aku hanya mampu beli kereta terlebih dahulu walaupun cuma kereta kancil. Kemudiannya barulah aku dapat membeli sebuah rumah teres. Aku bersyukur kerana target aku tercapai..... memiliki rumah sendiri sebelum usiaku 30 tahun. Ya! aku membelinya di atas titik peluhku sendiri semasa usiaku 29 tahun. Aku serik.... aku serik hidup menumpang.... 

Selepas dikurniakan dua orang cahayamata.... aku, suami & anak - anak berpindah ke rumah en.suami yang baru dibina. Tinggallah rumah kesayanganku itu.... yang kini menjadi IFWAT HOMESTAY. Kita harus bersyukur dengan apa yang ada ..... cuba awak tengok... orang ada rumah besar pun belum tentu hidup aman


Like us at

Monday, October 6, 2014

TERJEMAHAN DALAM SOLAT

Sedang menghabiskan membaca buku ini....... aku beli semasa penghujung bulan 6 lalu.... tapi hingga sekarang tak khatam lagi...... baca sambil menyambil.... mana masa yang terluang akan ku cuba selitkan membacanya. Malang sekali bila ada diantara teman yang pabila  nampak aku membaca buku ini ada yang pandang sinis.... ada yang senyum simpul..... ada yang kata... 'macam bagus sangat.......'
Tidak sedikit pun hati aku tercuit dengan sindiran mereka..... sebab aku bukan bagus sangat .... maka aku cuba memperbaiki diri menjadi lebih bagus.
Entahlah.... aku pun pelik kenapa mentaliti segelintir masyarakat yang masih berfikiran sebegitu.... salah ker aku baca buku nie? Sudah cukup ker ilmu di dada? Ilmu agama tidak akan habis dipelajari selagi kita menjadi khalifah di muka bumi ini. 


Solat merupakan salah satu cara kita berinteraksi dengan Allah. Semoga dengan memahami bacaan tersebut akan menjadikan kita lebih khusuk dalam solat.
Allah Maha Besar
( Takbiratulihram)
Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik…
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .


Ingin Bahagia ?                                         
Solat Diawal Waktu

Ingin Sihat?
Berpuasalah

Ingin Dipermudahkan Urusan?
Bacalah Al - Quran

Ingin Wajah Berseri?
Solat Tahajjud

Ingin Kaya?
Solat Dhuha

Dihimpit Masalah?
Beristighfarlah

Berasa Dukacita?
Berdoalah

Mahukan Keberkatan?
Berselawatlah

Saturday, October 4, 2014

Friday, October 3, 2014

MUNAJAT ZULHIJJAH

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi doa dengan teman- teman tentang doa yang sangat bagus dan mempunyai maksud yang tersendiri yang saya terima dari Wassap. Doa yang dibaca sebelum waktu berbuka puasa sunat Zulhijjah (15 minit sebelum waktu berbuka)

Apabila membaca bait - bait bicara doa ini tersentuh rasa hati..... elok juga kita amalkan doa ini dalam kehidupan seharian. 
(Peringatan untuk diri ku juga yang terleka....)


Ya Allah....Ya Rahman.... Ya Rahim...
Dalam dakapan Zulhijjah yang suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah..... semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya alim....
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah...... takdirkanlah yang baik - baik untuk diri kami. Janganlah kau menguji kami pada apa yang tak mampu kami lalui......
Bukakanlah pintu - pintu rahmatMu untuk kami Ya Allah

Ya Allah Rabbul Jalil.....
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik... supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah... ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah..... kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua.... jesteru Ya Allah.... ampunilah semua dosa kami.... berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu Ya Allah....

Ya Allah..... Ya Rahman.... Ya Rahim...
Ampunkanlah segala dosa kedua ibubapa kami..... setiap titik susu ibu yang mengalir dalam tubuh kami..... kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah..... Ya Rahman.... pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami.... kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu Ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan....... Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah...

Ya Allah.....
Kami juga memohon ampun untuk keluarga kaum kerabat kami, sahabat- sahabat kami dan guru -guru kami yang terlebih dahulu meninggalkan kami ke alam barzakh..... golongkanlah mereka dalam orang - orang kau redhai... apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu...maka kau ambillah kami dalam keadaan yang baik - baik..... dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah.....

Ya Allah.... Ya Aziz
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram....hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab..... kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashid... Ya Rahman.... Ya Rahim.....
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada dikalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah.... agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak -anak yang taat dan berbakti.....sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha mendengar dan mengasihi..... 

Ya Allah Ya Malikal Mulk...
Ya Razak....Ya Fattahu Ya Alim.....
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati....dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu. sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.

Ya Allah.... bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami yang padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama - lamanya...... jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang.

Ya Allah Ya Zal jalaniwalikram.....
Ya Allah.... janganlah kau jadikan Zulhijjah ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Zulhijjah yang akan datang...... Tapi andai ini Zulhijjah terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang kau rahmati, jadikanlah Zulhijjah ini paling bererti penuh dengan cahaya iman ampunkanlah segala dosa kami...ampunkanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi... kurniakanlah kepada kami syurgamu yang maha luas nikmatnya.....

Aamiiin Ya Rabbal' alamin...


Tuesday, September 23, 2014

3 Tanda Apabila Kucing Datang

Pernah tak situasi sebegini  berlaku pada kita ? Bila kita makan di kedai makan tiba - tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini. Saya dapat rungkaikan 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain.



Pertama
ALLAH sedang bagi tahu.... makanan kita hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita...
Kedua


ALLAH sedang bagi tahu ..... Apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan ALLAH ganti yang lebih baik. Sebab satu kebaikan itu. ALLAH balas 10 kebaikan @ pahala. ALLAH maha mampu bagi lebih dari itu.
Ketiga

ALLAH sedang bagi tahu..... apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru Allah nak bagi kepada kita.





Rezeki itu luas... bukan hanya pada wang. Tapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi..... berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan





Sudah bertahun – tahun asyik mampu beri tulang sahaja…


(Dan bermula hari ini mari kita berubah…)


   1) Ketika kita sedang makan (dan dihampiri seekor kucing)

   2)Dapatkan seekor ikan atau seketul ayam

   3)Sama kualitinya sebagaimana seekor ikan atau seketul ayam ) yang kita se sedang makan.

   4)Dan berikanlah kepada si kucing itu
   5)Kemudian..........
Perhatikan matanya dan dengarlah suaranya….

Kita pasti dapat menikmati apa yang belum pernah dinikmati sebelumnya.

6)InsyaALLAH