ALHAMDULILLAH...... syUKur KeHadRAt ILAHI..... SudAH seTAhun SeBulAN UsiA IFwaT HoMesTAy. SesUngGuhNyA, IFwaT HomEsTay LahiR daRipaDa keMIskiNan & KeSusAhaN HiDUpKu DImaSa LaLU. AkU tIDaK PunYa aPA-Apa.....HanYa aDA SeKepiNG haTi YaNG DukA LaRA DaLaM MeNiti TitIaN PerJAlanaN YaNg AMaT MeMiLukAn. TeRima KAsIh PaDa KeMIskiNan daN keSengSaraAN YaNg MeMataNGkaN aKU daN meNgaJar aKu eRti KeHidUpaN.
HuKUM aLAm...HidUp diDUnia INi......mAnusIa HanYA naMpAk KeSenaNGan InSaN LaIn TeTapi SerINgkaLI LuPA teNtanG KeSusaHAnNyA dI mAsA LaLu......BeGituLaH YanG TerJAdI KePaDa DiRIku!!! AdA yaNG meMberI sOkongAn....aDA yAnG MeLUaT.....TaK KurAnG JUga YanG MeNGeji...... " LaKU ker HomesTaY kaU?"...."AdA oRanG DaTAng Ke?" ......"WaH! MasYUk la Kau"..... " UnTUng TaK BUaT HomEsTAy?"......"PuLANg ModAl tAk Ko Bayar dUit UmaH bUlaN2" BeGitulaH dIAntaRA seCebIs SoaLAn CePU eMAs YanG perNah MenERjaH dI GegENdaNG TeLIngAku.
WaHaI InSaN YanG BerHaTi MuLiA..... berHentILah dAripAda MeMpertIKaikaN dAN MemPersOaLkaN teNtaNg keHIduPaN InsAn LaiN. SeTiaP InsAN berHak meNGatuR keHiduPAnnyA.... hAnyA ALLAH peNeNtu SeGala- gaLAnYA. WaHAi InsaN YaNG BerHati MuLIa.... berHentiLah DarIpada MenGIra DuiT InSan LaiN..... SeBAlikNYa KIraLAh DuiT SendIri YanG BerKePOk- KePOk DaLam BAnK. WaHai InSaN YaNG berHati MUlia..... DiManakaH KAu DisaaT aKU hIduP meRemPaT suaTU KeTikA dUlu?
Ohhh...Aku TerLUpa, WaKtu TU ko TaK keNAl Aku.......
Wednesday, January 30, 2013
Saturday, January 26, 2013
Sembilan Petua Doa Mustajab
BERIKUT antara 9 petua daripada Rasulullah untuk mencapai
doa mustajab:-
1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
2. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah akan turun ke
langit dunia setiap
malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang
berdoa
kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta
keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.”
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "3
orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika
dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan
pintu-pintu langit dibuka.”
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dilarang membaca
al-
Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan
TuhanNya
adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam
jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang
itu
melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan
daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat
syaitan.”
6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang
bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan.
“Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima
Allah.”
7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan
dipenuhkan.”
8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Doa seseorang itu akan
dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa
tetapi tidak dimakbulkan.’”
9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w memperkatakan mengenai hari Jumaat.
Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang
Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada
Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
Friday, January 25, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)