Pernah tak situasi sebegini berlaku pada kita ? Bila kita makan di kedai
makan tiba - tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada
orang lain? Saya biasa alami situasi ini. Saya dapat rungkaikan 3 tanda apabila
kucing datang kepada kita bukan orang lain.
Pertama
ALLAH sedang bagi tahu.... makanan kita hak kita itu bukan semuanya rezeki kita.
Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita...
Kedua
ALLAH sedang bagi tahu ..... Apabila kita memberi makanan kepada
kucing itu, rezeki lain akan ALLAH ganti yang lebih baik. Sebab satu kebaikan
itu. ALLAH balas 10 kebaikan @ pahala. ALLAH maha mampu bagi lebih dari itu.
Ketiga
ALLAH sedang bagi tahu..... apabila kita tak memberi makanan kepada
kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru Allah nak bagi kepada
kita.
Rezeki
itu luas... bukan hanya pada wang. Tapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas
memberi..... berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada
kita. Ia hanya tahu minta dan makan
Sudah bertahun – tahun asyik mampu beri tulang sahaja…
(Dan bermula hari ini mari kita berubah…)
1) Ketika kita
sedang makan (dan dihampiri seekor kucing)
2)Dapatkan
seekor ikan atau seketul ayam
3)Sama
kualitinya sebagaimana seekor ikan atau seketul ayam ) yang kita se sedang makan.
4)Dan berikanlah
kepada si kucing itu
5)Kemudian..........
Perhatikan matanya dan dengarlah suaranya….
Kita pasti dapat menikmati apa yang belum pernah
dinikmati sebelumnya.
6)InsyaALLAH