Thursday, February 7, 2013

MELAKA RIVER PIRATE PARK

Selamat datang ke Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau......... Selamat bercuti dan berhujung minggu bersama - sama keluarga tercinta. Maklum saja la minggu ini kita bercuti sehingga hari selasa ( best dapat public holiday 2 hari )....... Cuti Chinese New Year, bukan hanya mereka yang meraikannya pulang ke desa.......  Malah saya yakin dan pasti .......... setiap di antara kita tidak melepaskan peluang dan ruang ada yang untuk pulang ke kampung halaman dan ada juga yang tidak ketinggalan membawa keluarga bercuti dan beridah tidak kira di dalam negeri.... luar negeri ..... dalam negara.....luar negara..... yang penting kita dapat bersama - sama keluarga tercinta, itu yang paling utama.


MELAKA ........ salah satu destinasi pelancongan yang menarik. Last week saya bersama - sama family bersiar - siar di Pirate Park, melayan permintaan anak - anak yang hendak menaiki  'buai pusing - pusing' katanya.......  Senorok melihat anak - anak terhibur, ganjaran buat mereka setelah penat ke sekolah. Cukup tiga pusingan.... 'buai pusing - pusing' pun berhenti ..... mengambil pengunjung lain yang ingin menyaksikan panorama malam Negeri Melaka di sinari kilauan cahaya lampu yang berwarna - warni. 


                               

Tinggi buai pusing - pusing nie....... pengawasan daripada ibu bapa amat penting..... jangan biarkan anak anda duduk berhampiran pintu. Tapi, tidak perlu risau.... ada petugas yang mengawasinya setiapkali anda masuk atau keluar dari buai itu.....  Bagi mereka yang ingin menyusuri Sungai Melaka, tiket bot boleh juga di dapati di sini. Inilah  Pelabuhan Melaka suatu ketika dulu yang tersohor..... kini hanya tinggal sejarah buat generasi masa kini.



Ramai juga pelancong yang datang pada malam itu..........  apa tidaknya, Ifwat kena menunggu turn yang agak lama untuk menaiki motosikal ini....



Antara aktiviti yang menarik yang anda perlu cuba ......




Marilah singgah ke rumah 'saya'...... ada berani ???








Sunday, February 3, 2013

AkU SeBUtIR PasIR

Masihkah kau ingat dengan lirik lagu ini.....AkU SebuTir PasIR..... Nyanyian Fauziah Latiff. Inilah salah satu lagu semasa zaman silamku buat pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan meniti titian perjalanan. Lagu yang memiliki maksud yang amat mendalam ..... mari kita hayati lirik lagu ini....


SeNanDung RinDu MendaYu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
TerLalu JauH PendaKIan
BeGiTu TinggiNya HaRaPan
BerMusiM  laMa MenCAri
TaK Ku TeMui SamPai KIni

Tak HenTI Jiwa DipaLU
DugaAn DeMI DUgaAN MenGUji
REbaH daN baNgun SendIRian
MemCArI BumBunG PerTedUhan
MeREka RiaNG TerTAwa
Aku HanYA seBaTanG KaRA

PerJALanAn MAsa
MenGAjar HatI 
SemaKIN TABah KinI
Di DaLAm KemaRau DaN GerImis
AkU TeTap TabaH MenGHArunGI

TuhaN
AKU baGaiKan SeBUtir KAsIH
YanG LEmaH LagI keRdil
TeGUhkaN KeIMAnaN JiwAKu
AgaR TidaK TerPEsoNG DaRImu

BERibu TemAn KeTawA
PaYaH Ku TeMU
YaNg SaNGgup BersAtu
Di dALam SusAh DaLAm SenaNG
YaNG HAdIr Cuma KePAlsuaN
DugaAn DEmi DugaAn
Aku PAsraH meNAdaH TanGAn






Jangan jadi butiran pasir yang mudah dipijak- pijak sesuka hati. Sekurang - kurangnya jadilah seteguh istana pasir.

Saturday, February 2, 2013

Solat Sunat Dhuha



Bondaku selalu berpesan kepadaku......buatlah Solat Sunat Dhuha...... besar fadhilatnya.......Aku?? Seperti biasa...... seringkali alpa dan leka tentang kejahilan diri sendiri. Bila mana hati ini mula tergerak untuk melakukannya barulah aku mula sibuk mencari maklumat untuk 'berkenalan' dengannya. MasyaALLAH....... sungguh indah doa yang dilafazkan di penghujung solat ............. 


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah
berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan,kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba - hambaMu yang soleh


Memang benar, Doa Bonda @ ucapan Bonda benar - benar terkesan dihati. Dan Allah akan memakbulkan doa dari seorang Bonda. Wahai Bonda ajarilah aku........adakalanya aku buta dalam kilauan cahaya......adakalanya aku kabur dalam sinar cahaya......adakalanya aku lalai dalam senang......

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:



"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



Bacaan ketika sujud yang terakhir - 3 kali




Doa Solat Dhuha



Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah
berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan,kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba - hambaMu yang soleh