Gallery

BANDA HILIR

Kota A Famosa



 


Memorial Pengistiharan Kemerdekaan







TERAPI MINDA 






Selamat Datang Ke Kolam Air Panas Jasin


Cuti sekolah bermula...... melayankan anak - anak bermandi - manda di Kolam Air Panas, Jasin. Kira- kira 15 minit dari Ifwat Homestay. Jika dilihat dari signbord  sudah lama kewujudan kolam air panas ini sejak tahun 1884. Kira - kira 120 tahun yang lalu. Namun kini telah dibaik pulih dan banyak perubahan dilakukan di sini..... nampak selesa dan menarik. Kadar yang dikenakan juga murah dan berpatutan.  Dewasa = RM6 dan kanak - kanak =RM3.... jadi, tak perlulah banyak complain kan?
Selain dari kolam air panas yang terdiri daripada berperingkat suhu kepanasan, di sini juga ada sebuah kolam mandi taman permainan sesuai untuk kanak - kanak bermandi - manda.


Terdapat gerai kecil yang menjual T-Shirt, kelengkapan mandi & makanan ringan. Semasa kami berada di sini ada sekumpulan kanak - kanak tadika dari Muar sedang bersukan. Pengunjung juga boleh membawa bekalan makanan dari luar kerana di dalam air kolam panas ini tiada kedai makan.




Klu ada bola, water gun , buih sabun.... boleh bawa main ke sini. Mak bapak pun boleh tumpang main sekali..... ha...ha...ha.... Bukan hadiah atau wang ringgit yang anak - anak harapkan ....hanya perlukan sedikit masa & ruang untuk perhatian. Ya... itulah yang dinamakan 'quality time'. 
Sementara si ibu melayan kerenah anak - anak mandi.... sempat juga si ayah merakankan beberapa view di dalam Kolam Air Panas Bemban ini....










JOM RONDA CARI MAKAN

Nak bteakfast apa hari ini? Nak makan yang ringan ker nak makan yang berat...... Saya nak kongsi menu special gerai Pak Ali yang terletak di Lebuh Ayer keroh..... Kalau korang keluar dari Tol Ayer Keroh..... korang akan lalu bawah jambatan pintu gerbang besar.... gerainya sebelah kanan. Gerai Pak Ali ni tersorok sikit..... ke dalam.... tapi, disebabkan menu specialnya...... walaupun tersorok, pengunjung ramai tetap datang.
Antara menu specalnya.... roti selimut & roti welding.... pelik namanya bukan? Dengar namanya pun dah pelik..... teruja pula untuk menjamahnya. Rupa yang menyelerakan..... cantik... tertarik.... menarik..... di tambah pula aromanya sungguh menikam selera di tambah pula dengan kegebuannya.... Korang pernah jumpa tak menu special ni? Kalau tak pernah jumpa, apa kata korang cuba, try, test..... he..he..he.. double triple tu ....

RoTi SeLimuT
Biasanya kalau aku datang ke sini susah nak habiskan roti selimut ni...... kenyang & gebu...... Tapi, kalau datang masa perut tengah lapar, comfirm boleh habis punya la..... (merangkap makan tengahari sekali) kenyang beb!  Jom kita tengok apa yang ada dalam roti selimut nie.... apa bendalah yang diselimutnya tu......
BeLahan Roti Selimut
Tarra..... belahan roti selimut..... didalamnya ada sardin, telur , mayonis & sos..... itu yang aku nampak ler.... Roti welding pulak lebih kurang sama dengan roti selimut ni.... cuma yang membezakan dalam roti welding tiada mayonis.



AYAM PENYET KOTA FESYEN





Siapa suker makan Ayam Penyet angkat tangan?  Bagi penggemar ayam penyet boleh menikmatinya di kota fesyen......... Tapi aku kalau masuk sini pasti nak makan pecel lele..... 












Pecel lele yang menjadi pujaan hatiku...... tengok tu sampai 2 ekor ikan keli nyer yang garing .... Pergh!!! lawan pulak dengan air limau asam boi...












                              NASI LEMAK .... IKAN BAKAR.... SOTONG GORENG SALUT        
                              TEPUNG ..... UDANG GORENG PLANTA...... KETAM GORENG

Bagi anda yang berkunjung ke Negeri Melaka tidak lengkap rasanya jika tidak singgah ke kedai ikan bakar...... boleh didapati di Muara Sungai Duyung, Ikar Bakar Umbai atau di Serkam. 





Di Melaka ni kalau makan ikan bakar lawannya dengan nasi lemak. (Tak pasti pula aku kalau di tempat lain.) Makan   sebungkus nasi lemak pun dah cukup...... selebihnya ratah lauk jer la....







Nasi lemak didatangkan sekali dengan jeli kelapa....... dah siap terhidang di atas meja....... tak kira la berapa yang korang nak makan..... kendian kira.... 
Anak - anak aku suker makan jeli kelapa.... siap tapau lagi....









TAMAN RAMA - RAMA

Hari ini saya nak kongsi berberapa view yang sempat dirakam di Taman Rama - Rama....... Secara jujurnya inilah 1st time saya melawat ke Taman Rama - Rama sejak sekian lamanya menetap di bumi Melaka. Itu pun kerana menemankan anak membuat lawatan taskanya.
Biasa la tu kan..... orang tempatan sendiri tak pergi melawat di negeri sendiri atas alasan, bila - bila masa boleh pergi....he..he..he..... Sebaliknya orang luar yang sering datang tidak melepaskan peluang yang ada.....





Melewati pemandangan indah di Taman Rama - Rama anda akan temui kolam ikan yang tenang dan meriah dengan ikan - ikannya yang cantik, besar dan gebu... he..he..he.... jangan lepaskan peluang untuk memberi makan kepada mereka ( makan ikan ada di jual di kedai cenderahati -  entrance)


 



Muzium di Taman Rama - Rama ...... berbagai spesis serangga dan kumbang yang kumbang yang diawet.














  aaaaa



Antara reptilia yang ada di Taman Rama - Rama













DATARAN MBMB ( Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah)

Menikmati keindahan malam bersama - sama keluarga tercinta di Dataran MBMB menjadi salah satu destinasi beriadah bersama - sama keluarga tercinta. Jom singgah.... boleh datang waktu siang atau malam..... Tapi, kalau waktu siang tu maklum sajalah..... panas...  Seeloknya datang waktu malam .......  Jangan lepaskan peluang ke mari seandainya anda berkunjung ke Melaka..... Negeri Bandar Teknologi Hijau.


Gambar dari hadapan MBMB........ boleh beriadah bersama keluarga sambil menonton televisyen. Tuuuu.......... nampak tak TV besar ? Ha.... kalau TV rumah rosak, boleh datang menonton di sini.....  Kah....Kah...Kah...... ( Gelak guling - guling)



Dataran yang luas ........ boleh berkelah ....  anak- anak boleh bermain basikal di sini (syaratnya bawa basikal sendiri la yerk...) . Aktiviti paling mudah bagi kanak - kanak, apalagi........main kejar - kejar. Kebiasaanya ..... dataran ini dikunjungi ramai pengunjung daripada pelancong luar dan dalam Melaka terutama waktu cuti sekolah, cuti umum atau hujung minggu...... Sewaktu gambar ini dirakamkan adalah pada hari bekerja..... pada malam harinya ibubapa yang sibuk bekerja mengambil kesempatan membawa anak - anak beriadah.


Di Melaka pun ada I - City  ...... Melaka, semuanya ada !!! Terbaik !!!



Jangan ketinggalan merakamkan detik - detik terindah sewaktu berkunjung di Dataran MBMB... ... yang memiliki keindahan taman ala - ala Taj Mahal.....





Melaka Mall ......... bertentangan dengan Dataran MBMB...... di situ juga terdapat MPHTJ - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.  Oh ya!.... bersebelahan dengan Dataran MBMB adalah pasaraya pilihan ramai...... cuba teka apa dia???  Semestinya Jaya Jusco, Ayer Keroh

No comments:

Post a Comment