Thursday, February 7, 2013

MELAKA RIVER PIRATE PARK

Selamat datang ke Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau......... Selamat bercuti dan berhujung minggu bersama - sama keluarga tercinta. Maklum saja la minggu ini kita bercuti sehingga hari selasa ( best dapat public holiday 2 hari )....... Cuti Chinese New Year, bukan hanya mereka yang meraikannya pulang ke desa.......  Malah saya yakin dan pasti .......... setiap di antara kita tidak melepaskan peluang dan ruang ada yang untuk pulang ke kampung halaman dan ada juga yang tidak ketinggalan membawa keluarga bercuti dan beridah tidak kira di dalam negeri.... luar negeri ..... dalam negara.....luar negara..... yang penting kita dapat bersama - sama keluarga tercinta, itu yang paling utama.


MELAKA ........ salah satu destinasi pelancongan yang menarik. Last week saya bersama - sama family bersiar - siar di Pirate Park, melayan permintaan anak - anak yang hendak menaiki  'buai pusing - pusing' katanya.......  Senorok melihat anak - anak terhibur, ganjaran buat mereka setelah penat ke sekolah. Cukup tiga pusingan.... 'buai pusing - pusing' pun berhenti ..... mengambil pengunjung lain yang ingin menyaksikan panorama malam Negeri Melaka di sinari kilauan cahaya lampu yang berwarna - warni. 


                               

Tinggi buai pusing - pusing nie....... pengawasan daripada ibu bapa amat penting..... jangan biarkan anak anda duduk berhampiran pintu. Tapi, tidak perlu risau.... ada petugas yang mengawasinya setiapkali anda masuk atau keluar dari buai itu.....  Bagi mereka yang ingin menyusuri Sungai Melaka, tiket bot boleh juga di dapati di sini. Inilah  Pelabuhan Melaka suatu ketika dulu yang tersohor..... kini hanya tinggal sejarah buat generasi masa kini.



Ramai juga pelancong yang datang pada malam itu..........  apa tidaknya, Ifwat kena menunggu turn yang agak lama untuk menaiki motosikal ini....



Antara aktiviti yang menarik yang anda perlu cuba ......




Marilah singgah ke rumah 'saya'...... ada berani ???








No comments:

Post a Comment