Tuesday, August 27, 2013

BINGKISAN DOA



Malam tadi, aku termimpi Ayahandaku..... tersedar jam 1.30 pagi.... Memang sudah lama aku tak menelefonnya. Sesungguhnya bukan mudah untuk kita menjalinkan semula hubungan yang telah lama terputus berpuluh - puluh tahun lamanya.......... kasih sayang tidak boleh dijual beli dan sukar untuk subur dalam sekelip mata. Lantas pagi ini aku teringat secebis doa yang aku jumpa dan simpan di office.... Mari kita amalkan doa ini bersama- sama......


"YA ALLAH... SEANDAINYA AKU TAK MEMILIKI CUKUP WAKTU UNTUK MEMBAHAGIAKAN ORANG TUAKU, SATU PINTAKU TOLONG BAHAGIAKAN MEREKA DENGAN KASIH SAYANGMU"


Doa yang mudah, simple dan pendek sahaja yang tak terlintas di akal fikiran tetapi mempunyai makna yang cukup besar. Justeru itu marilah kita bersama- sama mendidik anak - anak kita dengan sebaik mungkin agar hidup kita terbela di kala diri dimamah usia. Teringat pula doaku di Tanah Suci pada Mac 2013 yang lalu..... diantaranya.....

"YA ALLAH,  JADIKANLAH AKU DAN SUAMIKU..... IBU BAPA YANG DAPAT MENDIDIK ANAK -ANAKNYA DENGAN BEKALAN DUNIA DAN AKHIRAT. KAU BERKATILAH HIDUP KAMI SEKELUARGA"


No comments:

Post a Comment