Tuesday, October 29, 2013

Mari buat waffle....

Aku & anak - anak suka sangat makan waffle. Biasanya kalau beli waffle mesti letak choclate + peanut..... perrrgh!!! rasanya sungguh lazat. Pernah juga cuba letak jem lain, tapi rasa tak berapa ngam dengan selera pulak.
Pernah terdetik dalam hati, kalau aku ader waffle maker boleh buat sendiri. Tapi, kat mana pula nak beli waffle maker tu.... bila aku dah jumpa, time nak beli...... terdetik pulak macam mana cara - cara nak buat waffle.... so, aku pun search la..... ini hasilnya......




Bahan - bahan

2 biji telur
3/4 cawan susu segar
2 tbsp minyak sayur
1 cawan tepung
1 1/2 tsp baking powder
1 1/2 tsp gula
1/2 tsp garam


Cara - cara

1.Panaskan electric waffle maker

2.Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu dan kesemua bahan - bahan lain. Campurkan sehingga sebati....

3.Tuangkan ke dalam waffle maker & tutup sehingga masak. Tip - jangan tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu banyak adunan, ia akan melimpah & bentuk pun kurang menarik..

4.Hidangkan dengan toping kegemaran anda seperti madu, maple syrup. icecream atau jem.


So, lepas ni kena beli waffle maker dan cuba buat..... dah tak der alasan lagi dah.....

Saturday, October 26, 2013

Doa Ibu Dan Ayah Untuk Anak Tersayang

Hari ini aku nak berkongsi pasal teknik berkesan melalui doa untuk membentuk peribadi anak - anak. Info ni dah lama aku dapat.... dari mana pun dah lupa.... print lepas tu simpan..... bila simpan entah kemana.....lama - lama lesap...... he...he...he....bila terjumpa balik, lebih baik aku abadikan di blog aku.... boleh refer bila - bila masa..... 
Pesan kakak - kakak.....mak cik - mak cik kepadaku..... daripada pengalaman mereka..... setiap kali bila anak nak exam ..... ibubapa lebih baik ambil cuti.... luangkan masa bersama anak .... buat solat hajat.... bacakan Yasin untuk mereka..... setiap kali jumpa "Mubin" ..... boleh la kita lafazkan niat. Ada juga juga ibu bapa yang berpuasa demi kejayaan anak - anak. 
Tak kurang juga ada yang mencemuh dengan kata - kata..... "Apa gunanya mak bapak sibuk solat tonggang terbalik...... doa bagai nak rak.... yang nak exam anaknya ..... tapi mak bapak pula yang sibuk puasa....... anak entah belajar entah tidak...... macam mana nak berjaya"....... 
Setiap orang bebas beri pendapat dan pandangan..... tapi kita lihat siapa yang berbicara...... orang yang mengkritik tu tak ada anak ker? Or Allah belum kurniakan zuriat? Or pengkritik tu dah kahwin ke? Jadi, fikir - fikirkanlah....... Ada juga kawan aku yang terlalu berkira - kira soal perbelanjaan ..... yang ada tu pulak..... kalau pergi berhari raya dia akan mengeluh sebab nanti kena hulurkan duit raya..... ( kalau tak bagi nanti malu!) ha...ha...ha.... Ada juga orang macam ni ...... macam mana rezeki nak masuk.....
Pada pandangan aku..... mana yang elok tu boleh la kita amalkan..... dah namanya pun ibu bapa...... mestilah kita nak mengharapkan yang terbaik untuk anak -anak kita. 

Sedikit info untuk dikongsi bersama ........

1.  Amalkan membaca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan dikepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya - Latif sebanyak 129kali diikuti surah As-Syura ayat 19 yang bermaksud:

"Allah itu lemah lembut kepada hamba - hambaNya : Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah."

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

3. Ketika memasak. sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud :

"Hai orang - orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan"

4. Banyakkan zikir Ya Hayyu,  Ya Qayyum, Ya Latif atau Ya Rahman berulang - ulang. Kesemua ini doa pelembut hati.

5. Amalkan juga membaca Surah Toha Ayat 1-8, Surah Ar- Rahman ayat 1-4 dan Surah Al- Insyirah di baca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku - buku dan membaca Al - Quran.

6. Untuk mendapatkan zuriat yang elok amalkan Surah Al- Imran Ayat 38 iaitu doa Nabi Zakaria a.s :

" Wahai Tuhanku! berikan kepadaku dari pihak Mu keturunan yang baik kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa"

7. Sentuh dengan lembut ubun - ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.

8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari 

surah Al- Furqan  - 74 yang bermaksud 
"Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri - isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa" dan 

surah Ibrahim -  40 yang bermaksud:
"Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang - orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami" 

9. Sebaik - baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.


Info untuk diriku sendiri juga yang mudah lupa........ 

Thursday, October 24, 2013

Bicara Pasal Bos

Ada bos yang hanya pandai mengarah, tapi dia sendiri yang tak nak cuba belajar...... ada bos yang pandai mengkomplain orang lain, tapi dia sendiri tak faham kerja...... ada bos memandang pada kelulusan akademik, tapi dia tak sedar kemahiran / teknikal / pengalaman sama penting.....  kelulusan  akademik hanya 'on paper' sahaja.... janganlah pandang rendah pada staff bawahan. Ada bos yang menggunakan kuasa veto....... ada bos yang berhati busuk, bila tak suka sesuatu, akan cuba cari kelemahan pada si mangsa......ada bos yang suka ikut cakap kaki pengampu / pembodek tanpa usul periksa....kesemua di atas itu namanya bos yang buta lagi tuli..... 
Kepada sesiapa yang bergelar bos, sedang menjadi bos, pernah menjadi bos atau akan menjadi bos, fikir - fikirkanlah yer...apa yang pernah anda lakukan. Hukum karma pasti akan menyusul...... walaupun kita tak minta dibalas tapi Allah itu maha adil lagi bijaksana.
Teringat pada pesanan temanku ...... kalau kita sakit hati dengan seseorang lebih baik kita mendoakan supaya dia diberi cahaya keimanan & hidayah mudah- mudahan dia akan berubah suatu hari nanti. Allah itu maha adil, seandainya kita telah berdoa tapi, hati orang tersebut masih gelap nescaya, hukum karma pasti tiba jua pada mereka. 
Memang benar, doa orang - orang yang teraniaya itu mustajab. Didunia ini bolehlah insan yang bergelar bos berlagak bongkak lagi angkuh..... tapi, mereka sering terlupa...... Allah itu maha berkuasa. Kita sama - sama mencari rezeki yang halal di muka bumi ini. Allah yang bagi kita rezeki, jadi tak perlulah nak mempertikaikan atau memperlekehkan reputasi orang lain.
Ada juga bos yang baik, tapi majoriti yang aku jumpa semuanya lebih kepada gila kuasa. Apa gunanya panggil staff meeting..... kononnya untuk berbincang..... bila diutarakan idea..... semuanya reject..... itu semua hanya mengaburi mata ........ endingnya.... siapa chairman?? Kalau macam ni lah lebih baik tak payah panggil meeting...... 
Kalau anda jadi bos, berlaku adillah pada staff di bawah anda supaya nanti anda tidak diperlakukan sedemikian rupa terhadap bos di atas anda. Hukum karma pasti ada.
So, fikir - fikirkanlah yer baik buruknya......

Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha

Selamat hari raya Aidiladha dari kami Ifwat Homestay....... 

AfiQaleSyafi

PETUA MENDIDIK ANAK PINTAR

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun- ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali

2. Membaca Surah Al- Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali


1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad)?                  2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.
3. Yang memberati tanggunganmu (dalam menyampaikan dakwah)
4. Dan Kami telah meninggalkan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi dan pelbagai kemuliaan)                          
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap - tiap kesukaran disertai kemudahan
6. sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
7. Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka               bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain);       
8. Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap

3. Bercakap - cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya bebinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka, percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapa air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun - umbun anak.




Saturday, October 12, 2013

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Thalib.





Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

Baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, Insya Allah hilang dahaga.

Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah -mudahan   Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu.


Jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah.



Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika   menunaikan sholat.

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah      s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah        tetapi dizalimi.

**********

Selain itu, aku juga nak kongsi tips, yang aku dapat dari seorang ustazah nie...... amat sesuai untuk para ibu melembutkan hati anak - anak agar mendengar kata & jadi anak yang soleh dan solehah. Caranya :-

a) Semasa membasuh beras untuk di masak, basuhlah mengikut lawan arah jam.

b) Niat "Ya Allah, kau jadikanlah anak -anakku faham akan tuntutan agamaMu dan lembutkanlah hati mereka sebagaimana kau lembutkan beras ini menjadi nasi"

c) Kemudian, bacalah surah Al- Kautsar ini (untuk murah rezeki)

JaGaLah AuRatMu

Jam dah pukul 1 pagi....... tapi mata tak leh lelap......... sebab tadi dah tertidur sekejap semasa menemankan anak -anak tidur..... di awal pagi ni, ada something menarik untuk perkongsian bersama. Apatah lagi buat diri aku sendiri yang berhadapan dengan abang - abang ipar ( semua adik - beradik En. Suami adalah lelaki).



Monday, October 7, 2013

DOA PELEMBUT HATI



Maksudnya :

1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al- Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung 
    kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang -orang yang takut yang melanggar perintah Allah. 
4. Al - Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar- Rahmaan yang bersemayam diatas 'Arasy.  


Bacaan Untuk Anak/Ahli Keluarga Yang Degil Yang Tak Mahu Solat

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa mereka sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa mereka sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...


Dibaca juga bersama -sama ayat ini Al- Hasyr: 21 -24



(21) Sekiranya Kami turunkan Al- Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada Allah . Dan contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.

(22) Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata;  Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(23) Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai; Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Melimpahkan Keamanan; Maha Pengawal; Maha Kuasa; Maha Kuat; Memiliki segala Kebesaran, Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan.

(24) Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan; Yang membentuk rupa; bagiNyalah nama- nama yang sebaik - baiknya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang tidak ada tolok bandingnya, lagi Maha Bijaksana.

******
Ayat Taha 1-5 ini elok diamalkan dan berkesan. Allhamdulillah setelah mencubanya dalam tempoh 2 minggu dah nampak perubahan pada anak - anakku... Disamping itu aku suruh diaorang tengok gambar - gambar lama & video rakaman masa mereka kecil...... secara tak langsung, mereka sendiri mengakui...... dulu diaorang baik jer... tak der nak melawan cakap. So, aku pun membalas .... kalau  diaorang dengar kata... mama & ayah pun tak marah.
Kita sebagai ibu bapa mereka berperanan untuk mendidik mereka. Apa yang aku buat, baca ayat ini di air dan beri mereka minum. Semasa tidur bacakan "Ya Latif" , Al Fatihah & Alam Nasyrah ...... ambil kesempatan mana yang ada. Lebih baik kita buat daripada langsung tak buat.