Saturday, October 26, 2013

Doa Ibu Dan Ayah Untuk Anak Tersayang

Hari ini aku nak berkongsi pasal teknik berkesan melalui doa untuk membentuk peribadi anak - anak. Info ni dah lama aku dapat.... dari mana pun dah lupa.... print lepas tu simpan..... bila simpan entah kemana.....lama - lama lesap...... he...he...he....bila terjumpa balik, lebih baik aku abadikan di blog aku.... boleh refer bila - bila masa..... 
Pesan kakak - kakak.....mak cik - mak cik kepadaku..... daripada pengalaman mereka..... setiap kali bila anak nak exam ..... ibubapa lebih baik ambil cuti.... luangkan masa bersama anak .... buat solat hajat.... bacakan Yasin untuk mereka..... setiap kali jumpa "Mubin" ..... boleh la kita lafazkan niat. Ada juga juga ibu bapa yang berpuasa demi kejayaan anak - anak. 
Tak kurang juga ada yang mencemuh dengan kata - kata..... "Apa gunanya mak bapak sibuk solat tonggang terbalik...... doa bagai nak rak.... yang nak exam anaknya ..... tapi mak bapak pula yang sibuk puasa....... anak entah belajar entah tidak...... macam mana nak berjaya"....... 
Setiap orang bebas beri pendapat dan pandangan..... tapi kita lihat siapa yang berbicara...... orang yang mengkritik tu tak ada anak ker? Or Allah belum kurniakan zuriat? Or pengkritik tu dah kahwin ke? Jadi, fikir - fikirkanlah....... Ada juga kawan aku yang terlalu berkira - kira soal perbelanjaan ..... yang ada tu pulak..... kalau pergi berhari raya dia akan mengeluh sebab nanti kena hulurkan duit raya..... ( kalau tak bagi nanti malu!) ha...ha...ha.... Ada juga orang macam ni ...... macam mana rezeki nak masuk.....
Pada pandangan aku..... mana yang elok tu boleh la kita amalkan..... dah namanya pun ibu bapa...... mestilah kita nak mengharapkan yang terbaik untuk anak -anak kita. 

Sedikit info untuk dikongsi bersama ........

1.  Amalkan membaca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan dikepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya - Latif sebanyak 129kali diikuti surah As-Syura ayat 19 yang bermaksud:

"Allah itu lemah lembut kepada hamba - hambaNya : Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah."

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

3. Ketika memasak. sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud :

"Hai orang - orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan"

4. Banyakkan zikir Ya Hayyu,  Ya Qayyum, Ya Latif atau Ya Rahman berulang - ulang. Kesemua ini doa pelembut hati.

5. Amalkan juga membaca Surah Toha Ayat 1-8, Surah Ar- Rahman ayat 1-4 dan Surah Al- Insyirah di baca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku - buku dan membaca Al - Quran.

6. Untuk mendapatkan zuriat yang elok amalkan Surah Al- Imran Ayat 38 iaitu doa Nabi Zakaria a.s :

" Wahai Tuhanku! berikan kepadaku dari pihak Mu keturunan yang baik kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa"

7. Sentuh dengan lembut ubun - ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.

8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari 

surah Al- Furqan  - 74 yang bermaksud 
"Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri - isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa" dan 

surah Ibrahim -  40 yang bermaksud:
"Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang - orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami" 

9. Sebaik - baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.


Info untuk diriku sendiri juga yang mudah lupa........ 

No comments:

Post a Comment