Saturday, October 12, 2013

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Thalib.





Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

Baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, Insya Allah hilang dahaga.

Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah -mudahan   Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu.


Jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah.



Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika   menunaikan sholat.

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah      s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah        tetapi dizalimi.

**********

Selain itu, aku juga nak kongsi tips, yang aku dapat dari seorang ustazah nie...... amat sesuai untuk para ibu melembutkan hati anak - anak agar mendengar kata & jadi anak yang soleh dan solehah. Caranya :-

a) Semasa membasuh beras untuk di masak, basuhlah mengikut lawan arah jam.

b) Niat "Ya Allah, kau jadikanlah anak -anakku faham akan tuntutan agamaMu dan lembutkanlah hati mereka sebagaimana kau lembutkan beras ini menjadi nasi"

c) Kemudian, bacalah surah Al- Kautsar ini (untuk murah rezeki)

No comments:

Post a Comment