Monday, October 7, 2013

DOA PELEMBUT HATI



Maksudnya :

1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al- Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung 
    kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang -orang yang takut yang melanggar perintah Allah. 
4. Al - Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar- Rahmaan yang bersemayam diatas 'Arasy.  


Bacaan Untuk Anak/Ahli Keluarga Yang Degil Yang Tak Mahu Solat

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa mereka sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa mereka sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...


Dibaca juga bersama -sama ayat ini Al- Hasyr: 21 -24



(21) Sekiranya Kami turunkan Al- Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada Allah . Dan contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.

(22) Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata;  Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(23) Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai; Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Melimpahkan Keamanan; Maha Pengawal; Maha Kuasa; Maha Kuat; Memiliki segala Kebesaran, Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan.

(24) Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan; Yang membentuk rupa; bagiNyalah nama- nama yang sebaik - baiknya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang tidak ada tolok bandingnya, lagi Maha Bijaksana.

******
Ayat Taha 1-5 ini elok diamalkan dan berkesan. Allhamdulillah setelah mencubanya dalam tempoh 2 minggu dah nampak perubahan pada anak - anakku... Disamping itu aku suruh diaorang tengok gambar - gambar lama & video rakaman masa mereka kecil...... secara tak langsung, mereka sendiri mengakui...... dulu diaorang baik jer... tak der nak melawan cakap. So, aku pun membalas .... kalau  diaorang dengar kata... mama & ayah pun tak marah.
Kita sebagai ibu bapa mereka berperanan untuk mendidik mereka. Apa yang aku buat, baca ayat ini di air dan beri mereka minum. Semasa tidur bacakan "Ya Latif" , Al Fatihah & Alam Nasyrah ...... ambil kesempatan mana yang ada. Lebih baik kita buat daripada langsung tak buat. 
 

No comments:

Post a Comment